Logo Agensi

Mural Art Attack

“Sungai Kita, Tanggungjawab Kita”

Pilihan Tema

"Sungai, Nadi Alam yang Bernyawa"

Tema ini membawa mesej bahawa sungai bukan sekadar laluan air, tetapi merupakan nadi utama yang menyokong kehidupan alam. Sungai mengalirkan air bersih, menyuburkan tanah, dan menjadi habitat bagi pelbagai spesies flora dan fauna.

Di Malaysia, sungai sangat penting kepada ekosistem dan komuniti setempat termasuk pertanian, perikanan, budaya tempatan serta sumber air harian. Namun, pencemaran dan pembangunan tidak terkawal telah mengancam peranan penting ini.

Melalui tema ini, peserta digalakkan untuk menzahirkan kesedaran dan kepentingan memelihara sungai sebagai sistem hidup yang menyokong kelangsungan alam dan manusia.

"Kita & Sungai, Takkan Terpisah"

Tema ini menekankan hubungan erat antara manusia dan sungai yang saling bergantung dalam kehidupan harian, budaya serta keselamatan. Ia mengajak masyarakat menghargai sungai bukan sekadar sebagai sumber air, tetapi sebagai nadi yang menghidupkan komuniti dan membentuk identiti setempat.

Di Malaysia, kebanyakan perkampungan tradisional dan penempatan awal berkembang di tebing sungai. Namun, akibat pembangunan pesat dan pencemaran, hubungan ini semakin terhakis. Tema ini menyampaikan mesej bahawa apabila sungai diabaikan, kesejahteraan masyarakat juga akan terjejas melalui banjir, kekurangan air bersih, atau musnahnya ekosistem semula jadi.

Syarat Penyertaan

Hadiah

PERTAMA

RM5,000

Sijil Penghargaan

Tote Beg MBIP

KEDUA

RM3,000

Sijil Penghargaan

Tote Beg MBIP

KETIGA

RM1,000

Sijil Penghargaan

Tote Beg MBIP

Hadiah Khas

PILIHAN KREATIF DAN TEKNIK TERBAIK

RM300

Sijil Penghargaan

MURAL BERIMPAK SOSIAL / MESEJ TERBAIK

RM300

Sijil Penghargaan